Info Tempahan Uncang


Tempoh siap
Oleh kerana projek uncang saya lakukan secara sambilan, kadar tempoh kebiasaan untuk saya siapkan tempahan uncang ialah 1 minggu bagi 100 uncang untuk 1 projek.

Perbincangan 
Perbincangan diadakan bagi menetapan semula harga bagi tempahan (pengurangan harga bagi kuantiti lebih dari 100 uncang), warna, saiz serta bahan-bahan lain yang akan digunakan. Ini penting adalah untuk mengelakkan kesilapan.

Jaminan
Kebiasaannya, sampel tempahan akan dihasilkan selepas perbincangan. Keputusan muktamad dibuat. Saya hanya akan mengganti atau membaiki sebarang kecacatan pada hasil jahitan saya selepas penyerahan.

Harga 
Saya menetapkan harga satu uncang  mengikut jenis kain, penggunaan lace atau riben aksesori dan lain-lain mengikut kehendak pelanggan. Harga yang dipaparkan di blog ini adalah harga bagi tempahan dibawah 100 uncang bagi rekaan uncang tersebut.

Deposit
Wang pendahuluan sebanyak 75% daripada jumlah harga dan baki selapas siap.

Penghantaran
Secara pos atau dihantar oleh saya sendiri. Kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan Penghantaran percuma bagi kawasan yang berhampiran.

Sekian :)

No comments:

Post a Comment